Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Menoreh getah
Kebanyakan penduduk di sini memperolehi pendapatan mereka melalui hasil menoreh getah. Salah seorang daripada penoreh getah di kampung ini ialah Encik Mohamad Yunus bin Mohamad. Beliau mempunyai lading getah seluas 1 ekar yang diusahakan oleh beliau sendiri bersama isterinya. Kebanyakan hasil getahnya dijual kepada pemborong. Encik Mohamad boleh dihubungi di talian 019-3476221.
Aisy Hotel
Aisy Hotel dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti wifi percuma, pemanas air, seterika, television, dan sebagainya. Terdapat 18 bilik secara keseluruhan di Aisy Hotel. Ianya terbahagi kepada 2 jenis bilik iaitu bilik keluarga dan bilik biasa. Kedua-duanya dilengkapi tandas dan penghawa dingin. Aisy Hotel terletak berdekatan dengan banyak tarikan serta kemudahan. Antara institusi yang berdekatan dengannya ialah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli, Politeknik Jeli, Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kolej Komuniti Bukit Bunga dan Giat MARA Jeli. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan tempat tarikan pelancong seperti Pusat Membeli Belah Bebas Cukai Bukit Bunga, Gunung Reng dan Empangan Pergau. Kemudahan lain seperti bank, kedai makan, surau dan lain-lain juga mudah didapati. Untuk tempahan boleh hubungi Aisy Hotel di talian 0136364649/0148014666 atau whatsapp mereka di talain 016-9413666.
ALAMAT:
AISY HOTEL (KT0349845-P)
PT 1954, KG CHEDOK, BUKIT BUNGA,
17500, TANAH MERAH, KELANTAN
Usahawan Pakar Terapi Resdung
Nama: Mohamad Fakhrudin bin Mohd Ariffin
Umur: 21 Tahun
Email: 97fakhruddin97@gmail.com
Alamat: Bukit Panau, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Saudara Mohamad Fakhrudin bin Mohd Ariffin merupakan seorang anak bujang yang boleh dikatakan Berjaya dengan perniagaannya sekarang.. Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan nama Din di dalam kalangan rakan-rakan merupakan seorang yang peramah dan juga baik hati. Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas usahawan yang dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia. Sebelum adanya PI, kebanyakan produk beliau dijual secara tidak langsung atau offline. Perkembangan perniagaan membolehkan beliau memiliki sebuah kedai di sebelah Klinik Dr Zaini, Tanah Merah, Kelantan. Kedai beliau dikenali sebagai Dr Resd Pakar Terapi Resdung. Urusan perniagaan dan juga spa dijalankan di kedai tersebut dan stok juga di simpan di situ sebelum dipos atau diserahkan kepada pelanggan. Dengan adanya kemudahan perniagaan atas talian ini, saudara Din dapat mempercepatkan urusan jual dan beli serta menjimatkan masa dan kos pembeli.
Sebelum menjadi ahli PI, saudara Din tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya dan hanya mempromosikan produk jualan beliau hanyalah daripada mulut ke mulut pelanggan sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50 ke 100 orang sahaja.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki page facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan whatsapp. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM1000 – RM2000. Saudara Din Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp serta mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Saudara Din juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
Usahawan Sambal Goreng Budu
Nama: Nor Hafizah bt Mohd Azmi
Umur: 32 Tahun
Email: hafizah.nor@yahoo.com
Alamat: No.2 Kedai IKS, Kampung Jelatok KM.2, Jalan Pasir Mas, 17500 Tanah Merah, Kelantan
REMOKA adalah singkatan daripada resepi mok kawe. Perusahaan ini dimiliki oleh Nor Hafizah bt Mohd Azmi. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, pelanggan boleh menghubungi saudari Hafizah di talian 0179599338 atau menghantar email kepada remokabiz@gmail.com serta melayari laman Facebook milik remoka di www.facebook.com/remoka atau Facebook page: www.facebook.com/pages/Sambal-Goreng-Budu. Perusahaan ini terletak di alamat No. 2 Kedai IKS Kampung Jelatok 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Perusahaan Sambal Goreng Budu Remoka ini mula beroperasi pada tahun 2016 dan merupakan pemenang produk inovasi peringkat negeri Kelantan pada tahun tersebut (2016). Produk ini adalah campuran ikan (selayang) yang ditambah bersama bawang goreng dan juga cili. Ia dimasak sehingga 12 jam dan mempunyai rasa pedas-pedas manja dan bawang goreng. Ia tidak sama rasa dengan budu yang ada di pasaran. Produk Sambal Goreng Budu Remoka ini berkonsepkan ready to eat dan boleh dimakan dengan pelbagai hidangan.
Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas e-usahawan yang dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia. Sebelum adanya PI, kebanyakan produk beliau dijual secara tidak langsung atau offline. Perkembangan perniagaan membolehkan beliau memiliki sebuah kedai. Pembuatan, pemprosesan dan “packing” dibuat di kedai tersebut dan stok juga di simpan di situ sebelum dipos atau diserahkan kepada pelanggan. Dengan adanya kemudahan perniagaan atas talian ini, Puan Hafizah dapat mempercepatkan urusan jual dan beli serta menjimatkan masa dan kos pembeli.
Sebelum menjadi ahli PI, Puan Hafizah tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya dan hanya mempromosikan produk jualan beliau hanyalah daripada mulut ke mulut pelanggan sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50 ke 100 orang sahaja.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki page facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, whatsapp serta instagram. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM1000 – RM2000. Puan Hafizah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp. Selain itu, mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Puan Hafizah juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
USAHAWAN TM ROLL ICE CREAM
Nama: TM Roll Ice Cream
Email: tmrollicecream@gmail.com
Alamat: Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Pada ketika ini,perniagaan “ice cream roll” sangat “trending” dan amat menguntungkan. Tambahan pula, ais krim adalah sejenis produk yang digemari bukan sahaja pada kanak-kanak malahan orang dewasa.Pelbagai lapisan umur boleh menikmati keenakan ais krim. Rasanya yang dingin dan lembut mampu membuat siapa pun ketagih dengan berbagai rasa buah dan rasa lain. Inovasi dari produk ais krim pun semakin bervariasi dan membuat peminatnya bertambah ramai. Jenis ais krim yang sangat digemari pada saat ini ialah “ice cream roll”. Ais krim dengan penyajian dalam bentuk unik berbeza dari lainnya semakin popular di Kelantan.
Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi usahawan TM roll ice cream di talian 011-12152188 atau menghantar email kepada tmrollicecream@gmail.com serta melayari laman Facebook https://m.facebook.com/tmrollicecream/. Pengusaha juga mempunyai Instagram (IG) iaitu https://www.instagram.com/explore/locations/1026190108/tm-roll-ice-cream/?hl=en. Perusahaan ini terletak di alamat No.11 Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas e-usahawan yang dibuat di Pusat Internet. Sebelum adanya PI, kebanyakan produk beliau dijual secara tidak langsung atau offline. Perkembangan perniagaan membolehkan beliau memiliki sebuah kedai. Dengan adanya kemudahan perniagaan atas talian ini, Usahawan TM roll ice cream ini dapat mempercepatkan urusan jual dan beli serta menjimatkan masa dan kos pembeli.
Sebelum menjadi ahli PI, Usahwan TM roll ice cream tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya dan hanya mempromosikan produk jualan beliau hanyalah daripada mulut ke mulut pelanggan sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 hingga RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 ke 50 orang sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, whatsapp serta instagram. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM500 hingga RM1000 dalam sebulan. Melalui kelas usahawan yang pernah diikuti, beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp. Serta mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
USAHAWAN PERALATAN ELEKTRONIK (IPHONE)
Nama: Lokman bin Salleh
Umur : 26 Tahun
Email: aman.alexandria@gmail.com
Alamat: Kg Lawang, Batu Gajah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Lokman bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Aman merupakan anak muda yang telah lama berjinak dalam perniagaan menjual peralatan elektronik iaitu Telefon pintar Iphone. Anak muda yang baru berusia 26 tahun amat meminati dunia perniagaan. Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi saudara Aman di talian 014-5366582 atau menghantar email kepada aman.alexandaria@gmail.com serta melayari laman Facebook https://www.facebook.com/aman.alexandria. Saudara Aman juga mempunyai Instagram (IG): https://www.instagram.com/aman.alexandria. Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas e-usahawan yang dibuat di Pusat Internet. Sebelum mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet Kg Lawang, saudara Aman menjalankan pernigaan online secara tidak meluas kerana tidak terlalu arif dalam mengembangkan perniagaan melalui internet.
Sebelum menjadi ahli PI, Saudara Aman tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 hingga RM5000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 ke 50 orang sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, whatsapp serta instagram. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM5000 hingga RM10, 000 dalam sebulan.
Saudara Aman mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp serta mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Saudara Aman juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
USAHAWAN PAKAIAN
Nama: Rohana binti Hamzah
Umur : 25 Tahun
Email: rohana_hamzah@gmail.com
Alamat: Kg Lawang, Batu Gajah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Rohana binti Hamazah atau lebih dikenali sebagai Ana merupakan suri rumah,dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Saudari Ana telah lama berjinak dalam perniagaan iaitu semasa di peringkat university lagi. Perniagaan beliau dalam pelbagai barangan tetapi kini hanya lebih focus kepada satu produk sahaja iaitu pakaian. Saudari Ana dating daripada keluarga yang sememangnya menjalankan perniagaan sebagai ekonomi tambahan. Justeru itu, saudari Ana tidak terlalu kekok untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun permulaan perniagaan secara kecil-kecilan semasa masih belajar lagi. Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi saudara Ana di talian 019-9044522atau menghantar email kepada rohana_hamzah@gmail.com serta melayari laman Facebook https://www.facebook.com/rohana.ana.Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas e-usahawan yang dibuat di Pusat Internet. Sebelum mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet Kg Lawang, saudari Ana menjalankan pernigaan online secara tidak meluas kerana tidak terlalu arif dalam mengembangkan perniagaan melalui internet.
Sebelum menjadi ahli PI, Saudari Ana tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 hingga RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 ke 50 orang sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, whatsapp.. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM500 hingga RM1000 dalam sebulan.
Saudari Ana mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp serta mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Saudara Ana juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
Perusahaan D'mawar Chalet
Nama: Hajah Wan Rosmawati Wan Hussin
Umur: 55 Tahun
Email: wandmawar@yahoo.com
Alamat: D'Mawar Chalet,Taman Tasik Sri, 17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim
D'Mawar Chalet adalah sebuah resort yang bertempat di Bandar Tanah Merah, kelantan. Kedudukannya yang strategik, memudahkan anda untuk ke mana-mana sahaja seperti kedai runcit, pasar besar tanah merah, kedai makan, kemudahan bank, stesen kereta api, stesen bas dan sebgainya. Malah di chalet ini juga mempunyai cafe sendiri. Antara kemudahan yang terdapat di D' Mawar Chalet adalah seperti Dewan Besar (sesuai untuk kegunaan pelbagai majlis spt perkahwinan, hari raya,seminar, kursus dan sebagainya. Selain itu, terdapat Cafe D' Mawar(menyediakan pelbagai masakan tempatan yang lazat dan enak). D’Mawar Chalet juga terdapat sewaan kereta(kami menyediakan kereta untuk disewa sebagai kemudahan para pelanggan). Bilik berhawa dingin(kami menyediakn bilik ala rumah kampung yang di lengkapi peralatan penghawa dingin untuk keselesaan anda). Kelengkapan bilik(di setiap bilik, kami memuatkan 2 buah katil bersaiz 'Queen' , televisyen, kerusi, kipas, water heater,peti sejuk-bergantung kepada jenis bilik).
Buat masa ini, D’Mawar mempunyai 29 buah bilik yang sedia ada. Malahan mereka kini dalam proses untuk menambah lagi 50 buah bilik untuk menampung lebih ramai pelanggan. Ianya dijangka siap pada akhir tahun ini. Chalet ini adalah satu-satunya chalet yang berkonsepkan rumah kampung ala resort. Anda boleh menikmati suasana kampung di halaman chalet. Malah, Chalet ini juga sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara dan juga orang kenamaan. Sebelum penggunaan ICT di dalam bidang resort ini, Puan Wan Rosmawati tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya dan hanya mempromosikan produk jualan beliau hanyalah daripada mulut ke mulut pelanggan sahaja.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 hingga RM2000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10 ke 30 orang sahaja. Selepas penglibatan beliau di dalam bidang ICT, beliau kini telah memiliki facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui promosi berkaitan resort beliau melalui facebook, whatsapp serta blog. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM3000 hingga RM5000 dalam sebulan. Puan Wan Rosmawati mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp. Selain itu, mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Puan Wan Rosmawati juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
Usahawan “Dropship” Produk Automatik Penyedut Hingus (Nasal Aspirator)
Nama: Sabrina Binti Borhan
Umur: 37 Tahun
Email: sabrina_dropship@gmail.com
Alamat: Kg Lawang, Batu Gajah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Puan Sabrina binti Borhan atau lebih dikenali sebagai Kak Rina merupakan ibu tunggal yang telah lama berjinak dalam perniagaan dropship.Menjalankan perniagaan secara dropship secara aktif apabila berlaku kegawatan ekonomi 2 tahun lepas dan dibuang jerja daripada syarikat lama. Ekoraan daripada itu, ibu kepada dua anak ini telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara dropship selepas percubaan mendapatkan kerja gagal. Bagi menampung perbelanjaan seharian, Kak Rina menjalankan perniagaan dropship dengan menjual pelbagai barangan termasuklah peralatan Nasal Aspirator. Nasal Aspirator ini berfungsi dengan kuasa penyedut automatic. Nasal Aspirator ini membantu untuk melegakan hingus atau lendir di hidung anak-anak. Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Kak Rina di talian 01114211301 atau menghantar email kepada sabrina_dropship@gmail.com serta melayari laman Facebook https://www.facebook.com/sabrina.borhan.9?fref=ufi. Perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas e-usahawan yang dibuat di Pusat Internet. Sebelum mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet Kg Lawang, Puan Sabrina menjalankan pernigaan online secara tidak meluas kerana tidak terlalu arif dalam mengembangkan perniagaan melalui internet.
Sebelum menjadi ahli PI1M, Puan Sabrina tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya dan hanya mempromosikan produk jualan beliau hanyalah daripada mulut ke mulut pelanggan sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 ke 30 orang sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia, beliau kini telah memiliki page facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, whatsapp serta instagram. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM1000 – RM3000. Puan Sabrina mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp. Selain itu, mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Puan Sabrina juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.
USAHAWAN COLEK LELEH ALA THAI
Nama: Norsyuhada bt Ya’cub
Email: sue035692@yahoo.com
No. Telefon: 011-19274077
Alamat: Kampung Lawang, Batu Gajah 17510 Tanah Merah, Kelantan
Norsyuhada binti Ya'acub atau lebih mesra disapa dengan panggilan Sue merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Selepas berpisah dengan suaminya, Sue nekad untuk mengubah nasib hidupnya. Berbekalkan bakat memasak yang ada pada dirinya beliau kini merupakan usahawan dan pembuat Colek Leleh Ala Thai yang seratus peratus dibuat olehnya sendiri.
Colek Leleh Ala Thai ini sedap dimakan dengan keropok, pisang goreng, ubi keledek goreng,dan juga sesuai untuk dijadikan kuah rojak bagi buah-buahan. Colek Leleh Ala Thai ini dijual dengan harga RM10 sebotol. Sebelum penglibatan Sue di Pusat Internet, kebanyakan masa beliau dihabiskan di rumah kerana kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Beliau tidak mendapat bimbingan yang betul bagaimana untuk berniaga secara atas talian di samping mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan. Pendapatannya juga agak rendah ketika ini sekitar RM50 hingga RM300 sahaja sebulan kerana jumlah produk yang dijual amat tidak memberansangkan iaitu antara 5-30 botol sos sahaja yang berjaya dijual.
Namun, selepas penglibatan dengan PI, Sue mendapat ilmu tentang perniagaan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet. Terbaru, Sue telah turut serta dalam Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) 2019 anjuran Pusat Internet Maxis KDN 1 bagi negeri Kelantan. Selain itu, banyak juga kursus-kursus yang telah dihadiri oleh beliau hasil perkongsian daripada Pusat Internet. Kini beliau telah memiliki page facebook perniagaan untuk mempromosikan produk dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, dan whatsapp. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM500 – RM1500.
USAHAWAN PERKHIDMATAN MAKANAN & GUBAHAN MAKANAN UNTUK KEJUTAN
Nama: Zalila binti Hussin
Email: Zalila.hussin83@gmail.com
No. Telefon: 011-14951222
Alamat: Kampung Lawang, Batu Gajah 17510 Tanah Merah, Kelantan
Zalila binti Hussin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak La merupakan seorang usahawan bagi perkhidmatan makanan dan penghantaran gubahan kejutan seperti sambutan hari lahir, hari guru, graduasi kanak-kanak tadika dan universiti serta pelbagai lagi gubahan kejutan mengikut tempahan dan kehendak pelanggan. Kadar yang dikenakan ke atas setiap gubahan juga sangat berbaloi kerana Kak La akan menggubah mengikut bajet pelanggan.
Sebelum penglibatan Kak La di Pusat Internet, kebanyakan masa beliau dihabiskan di rumah kerana kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Beliau tidak mendapat bimbingan yang betul tentang bagaimana untuk berniaga secara atas talian di samping mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan. Pendapatannya juga agak rendah ketika ini sekitar RM50 hingga RM300 sahaja sebulan kerana jumlah produk yang dijual amat tidak memberansangkan iaitu antara 5-10 gubahan sahaja yang berjaya dijual.
Selepas penglibatan dengan PI, Kak La mendapat ilmu baru mengenai perniagaan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet. Kini beliau telah memiliki page facebook perniagaan untuk mempromosikan produk dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, dan whatsapp. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM300 – RM1200.
Ozarah Cafe
Nama Kedai : Ozarah Cafe
Email : ozarahcafe@gmail.com
No Tel : 099557927
Alamat : PT 634-635(G), Kompleks Perniagaan Humaira, Jalan Humaira 1 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Laman web : Ozarah Cafe Tanah Merah
Ozarah Cafe merupakan kedai makanan yang berkonsepkan cafeteria atau pun dikenali sebagai coffee shop. Cafe ini dibuka setiap hari bermula jam 11.30 am hingga 10.30 pm. Antara sajian yang disajikan di cafe ini adalah makanan ala barat (western) iaitu kambing grill, ayam dan ikan grill, pasta, makanan tempatan, noodles sup, makanan ringan, dan pelbagai aneka pencuci mulut. Selain itu, apa yang menarik di cafe ini adalah ais bersalji yang unik.
Ozarah Cafe terletak di bandar Tanah Merah iaitu di Kompleks Perniagaan Humaira. Selain itu, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di cafe ini antaranya ialah sambutan hari jadi, tempahan makanan khas dari para pelanggan, sambutan hari istimewa dan banyak lagi. Ozarah Cafe Tanah Merah adalah pilihan terbaik untuk rakyat sekitar daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli.
Roti Canai Cikgu
Nama Kedai : Ozarah Cafe
Email : zahariy6212@gmail.com
No Tel : 0199396212
Alamat : Taman Barakah, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Laman web : Roti Canai Cikgu
Roti Canai Cikgu merupakan kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional. Kedai makan ini dibuka setiap hari rabu sehingga hari isnin bermula jam 07.00 am hingga 12.00 am. Manakala pada hari selasa kedai ini tidak beroperasi. Antara sajian yang disajikan di kedai Roti Canai Cikgu ini adalah menyediakan pelbagai jenis menu roti canai, nasi lemak dan nasi beriani Johor. Kedai ini juga sedia menerima tempahan roti canai, nasi lemak dan nasi beriani Johor untuk sekitar negeri Kelantan. Roti Canai Cikgu terletak di bandar Taman Barakah, Tanah Merah iaitu bersebelahan Balai Bomba Tanah Merah. Kedai makan Roti Canai Cikgu adalah pilihan terbaik untuk rakyat sekitar daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli. Juga menjadi pilihan para pelancong yang berkunjung di negeri Kelantan.