Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kampung Lawang
Sekolah Kebangsaan Lawang atau nama ringkasnya SK Lawang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Lawang.
Sekolah Kebangsaan Lawang
Kampung Lawang
17510, Tanah Merah
Kelantan, Malaysia
Telefon: 09-9581340
Fax: 09-9582340
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob
Terbinanya Sekolah Menengah Batu Gajah atau lebih dikenali dengan Sekolah Menengah Tan Sri Mohamed Yaacob yang kita kenal hari ini ialah hasil kesedaran masyarakat sekitarnya tentang kepentingan pelajaran menengah kepada anak-anak mereka. Sebelumnya, murid-murid dari Lawang, Gual Jedok, Lalang Pepuyu, Batang Merbau dan Batu Gajah sendiri yang menjadi murid saluran ke sekolah ini terpaksa melanjutkan pelajaran menengah ke Tanah Merah atau Ayer Lanas. Berpunca dari kesedaran tersebut, maka tampillah beberapa orang tokoh antaranya Tan Sri Hj. Mohamed Bin Yaacob ( Ahli Parlimen Tanah Merah ketika itu ), Ibrahim Bin Adam, Tuan Hj. Wan Jaafar Bin Wan Mahmud dan Hamid Bin Suud ( Pak Da Hamid ) dan Penggawa Batu Gajah ketika itu, Encik Wan Zin.
Setelah berjuang beberapa tahun, akhirnya pada tahun 1973, Sekolah Menengah Batu Gajah diwujudkan dengan menumpang bangunan SK Batu Gajah, dikenali dengan nama SMR Batu Gajah. Kumpulan pertama pelajarnya berjumlah 120 orang dan jumlah guru seramai 8 orang sahaja.
Pada tahun 2006, SMK. Batu Gajah berjaya menampung pelajar Tingkatan Enam Seramai 160 orang dan dibahagikan kepada empat kelas. Mulai tahun 2010, SMKBG telah menyediakan tiga Dewan Kuliah untuk kemudahan pelajar Pra Universiti. Sekarang, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah telah menjadi sebuah sekolah yang mampu melahirkan generasi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang selari dengan hasrat kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020 dan juga gagasan 1 Malaysia.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Yaacob
Km 21, Jalan Jedok, Kampong Batu Gajah
17510, Tanah Merah
Kelantan, Malaysia
Telefon: 09-9581373
Fax: 09-9582636