Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Pusat Membeli-belah Bukit Bunga
Pusat membeli-belah Bukit Bunga terletak di tepi Lebuh Raya Utama Timur Barat yang menghubungkan Negeri Kelantan dan Perak. Bukit Bunga juga bersempadan dengan Negara Thailand. Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, telah dimajukan oleh ketua jajahan Tanah Merah dengan kerjasama KESEDAR dan lain-lain jabatan kerajaan.
Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan barangan tempatan dan barangan import terutama dari Negara Thailand dengan harga yang murah. Selain daripada itu, terdapat gerai makan,minuman, dan buah-buahan. Lain-lain kemudahan yang terdapat di sini ialah tandas awam, masjid, wakaf, bank, balai polis, pejabat pos dan tempat pakir kereta.
Taman Rekreasi Lata Hujan
Kawasan mandi Lata Hujan
Air Terjun Lata Hujan terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Tempat ini merupakan tempat berkelah dan rekreasi yang popular di kalangan penduduk setempat, pelancong tempatan dan antarabangsa. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan seperti tandas awam, wakaf rehat, musalla dan tempat untuk berkhemah serta tempat menjalani latihan dan kursus.. Air terjun yang jernih menjadikan tempat ini sesuai untuk mandi manda dan rekreasi air.
Restoran Tepi Sungai
Bagi penggunjung yang ingin merasai suasana makan di tepi sungai bolehlah mengunjungi Restoran Tepi Sungai yang terletak di Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan panas yang menepati citarasa pengunjung. Selain masakan yang sedap, suasana makan di pinggir sungai juga menjadikan restoran ini terkenal dikalangan pengunjung tempatan atau pelancong.