Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI
02 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPihak Nera Infocom telah bekerjasama dengan ISME Universiti Malaysia Kelantan mengadakan Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI untuk staff Pusat Internet 1 Malaysia Maxis Kelantan pada 30 Sept 2016 hingga 1 Oktober 2016. Tujuan kursus ini dibuat adalah untuk melatih Staff Pusat Internet 1 Malaysia membangun dan menambahkan usahawan dalam kalangan penduduk setempat. Staff Pusat Internet 1 Malaysia dapat mengajar komuniti setempat mengenai akaun Fb Ads terhadap komuniti. Dengan adanya program seperti ini, staff PI dan komuniti dapat mempromosi aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Penggunaan Facebook mampu memberi impak yang hebat kepada personaliti perniagaan usahawan khususnya komuniti yang berhampiran Pusat Internet. Facebook merupakan prasyarat untuk memasuki dunia perniagaan media sosial.Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI telah diadakan di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: