Kursus Penyelenggaraan Komputer
27 November 2016 | Aktiviti TerkiniSeramai 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia Bukit Tandak dan Staf Sokongan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) dan wakil ISME telah mengikuti Kursus dan Bengkel Penyelenggaraan Komputer di PI Bukit Tandak, Rantau Panjang Kelantan, pada 26 November 2016. Kursus dikendalikan oleh Wan Mohd Firdaus dan Mohamad Safian.
Aspek yang disampaikan oleh tenaga pengajar meliputi pengenalan kepada komponen asas komputer dan komponen pada papan induk, Memberikan pengetahuan tentang jenis dan fungsi komponen-komponen komputer.
Selain itu, memberi pendedahan kepada golongan belia/peserta kursus tentang cara-cara membuka dan memasang semula komponen perkakasan komputer. Peserta kursus juga dapat mengenalpasti jenis-jenis kerosakan pada komputer dan melakukan pembaikan serta dapat mengetahui keperluan meningkatkan keupayaan sistem komputer.
Berdasarkan penilaian yang dibuat kursus ini amat berguna dan sesuai dijalankan bagi tujuan ‘refreshment course’ khususnya untuk Juruteknik Komputer dan pendedahan teknik asas penyelenggaraan komputer kepada staf sokongan secara amnya. Kursus ini amat menggalakkan dan mencapai sasaran dimana peserta kursus berupaya menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas komputer dengan berkesan dan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: