Karnival Usahawan dan ICT Pusat Internet 1 Malaysia
19 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPI Kampung Lawang, Tanah Merah Kelantan buat pertama kalinya mengadakan Karnival Usahawan dan ICT pada hari Jumaat, 18 Disember 2015 dari jam 7.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Karnival ini mensasarkan pengunjung seramai 500 orang yang telah memenuhi perkarangan PI Kg Lawang bagi menjayakan program tersebut. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada KRT Kampung Lawang.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran dan jualan produk yang disertai oleh usahawan tempatan, pameran booth dari badan kerajaan, badan berkanun, swasta dan sebagainya. Disamping itu, diadakan juga aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung seperti cabutan bertuah, pertandingan puzzle untuk kanak-kanak, kuiz KDB, hijabista dan pada malamnya berzanji sempena malam cinta rasul.
Tidak ketinggalan juga diadakan Talk Usahawan Digital yang mensasarkan golongan belia, usahawan dan pelajar untuk menyertainya. Matlamat Talk ini diadakan adalah untuk meransang minda golongan belia dan usahawan supaya dapat menggunakan kemudahan ICT untuk membangunkan masyarakat dan kemajuan desa khususnya kepada usahawan kecil dan sederhana supaya dapat mengembangkan produk mereka.
Program ini dianjurkan sebagai menyahut cabaran seruan kerajaan yang ingin merapatkan jurang digital diantara komuniti luar bandar dengan komunti dibandar disamping menyahut saranan Perdana Menteri mengenai konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada semua komuniti yang hadir berkenaan bidang ICT dan keusahawanan khususnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: