Kursus Pengendalian Makanan bersama NB Food Specialist Centre
8 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniKursus wajib pengendalian makanan merupakan salah satu kursus wajib yang perlu dihadiri oleh setiap pengendali makanan di negara Malaysia. Kegagalan untuk menghadiri kursus boleh didenda. Oleh yang demikian, PEDi Kg Lawang telah bekerjasama dengan pihak NB Food Specialist Centre untuk mencari dan menwar-warkan kursus ini kepada usahawan-usahawan yang mengusahakan produk atau perniagaan berasaskan makanan di sekitar Kg Lawang.
Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Pada kursus kali ini, seorang peserta yang merupakan pekerja di kantin sekolah SK Lawang telah hadir untuk menyertai Kursus Pengendali Makanan. Kursus ini diadakan secara atas talian bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang. Kursus ini telah dijalankan pada 07 Januari 2023, Sabtu.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Kegagalan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan sekiranya di dapati bersalah boleh di kenakan hukuman denda Maksima RM10,000 atau Penjara maksima 2 Tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesan yang lebih buruk sekiranya pekerja-pekerja tidak mengambil kursus ini. Antaranya adalah keracunan makanan. Salah mengendalikan makanan boleh menyebabkan keracunan makanan yang di akibatkan oleh demam kepialu. Kedua adalah maut ; keadaan yang kritikal di sebabkan oleh keracunan makanan boleh mengakibatkan maut kepada pelanggan. Ini bukan tidak pernah terjadi, malah setiap tahun ada sahaja kes keracunan makanan yang mengakibatkan maut. Selain itu, keburukan tidak menghadiri kursus wajib ini juga mengakibatkan pengendali akan disaman. Sekiranya anda adalah seorang usahawan dan kecuaian pekerja anda menyebabkan kematian pelanggan, apa risiko yang usahawan akan hadapi? Ya, saman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: