Taklimat Status Liputan Telekomunikasi Parlimen Jeli bersama MCMC dan Dato’ Seri Mustapa Mohamed
26 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniLiputan telekomunikasi yang lebih baik terus diberi penekanan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan tiada rakyat tertinggal dalam mendapatkan maklumat semasa menerusi saluran yang disediakan kerajaan. Bagi tujuan itu, kerajaan sedang berusaha meningkatkan taraf liputan telekomunikasi di kawasan luar bandar. Terdapat kawasan yang kadang-kadang liputannya tidak kuat (merujuk kepada isyarat talian di telefon bimbit). Jadi, masalah inilah yang pihak MCMC mahu diberikan penekanan.
Oleh itu, pada hari ini bertarikh 25 Febuari 2023, Sabtu bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Jeli, pihak MCMC Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil penghulu mukim di dalam Parlimen Jeli, wakil NGO, wakil usahawan, wakil staf-staf PEDi Parlimen Jeli berserta Dato’Seri Mustapha Mohamed untuk berbincang dan menyampaikan status semasa keadaan keadaan liputan rangkaian komunikasi yang telah ditambah baik di Parlimen Jeli ini. Taklimat ini adalah hasil daripada beberapa perjumpaan yang telah dijalankan sebelum ini bagi menaik taraf status rangkaian komunikasi yang berlaku. Taklimat ini bermula dari jam .
Mengulas lanjut, Encik Mubin selaku Pengarah MCMC Negeri Kelantan yang juga merangkap moderator pada hari ini berkata, sesetengah kawasan sudah mempunyai menara telekomunikasi tetapi menghadapi isyarat yang lemah, sekali gus memerlukan usaha kementerian mencari pendekatan berkesan bagi menambah baik kemudahan tersebut. Oleh itu, pihak MCMC telah berjaya menaik taraf kesemua 57 menara telekomunikasi (tower) yang ada di sekitar Parlimen Jeli kepada capaian dan liputan 4G. Kelajuan internet dan juga rangkaian adalah bergantung kepada kapasiti pengguna di kawasan tersebut. Pihak MCMC sudah sedia maklum terhadap aduan-aduan daripada wakil penghulu mukim yang mempunyai kapasiti penduduk yang padat serta mengalami masalah gangguan capaian internet dan juga rangkaian komunikasi ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: