Klik dengan Bijak- Ketagihan Media Massa
22 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2023, Selasa yang lalu PEDi Lawang telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Repek dalam satu sesi perkongsian live Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Ketagihan Media Massa di Facebook menerusi aplikasi Streamyard selama satu (1) jam bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30.
Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi di atas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan. Ketagihan pula biasanya difahami sebagai gangguan mental yang melibatkan tingkah laku yang kompulsif. Apabila seseorang sentiasa dalam talian, mereka mungkin digambarkan sebagai ketagih.
Dunia internet telah banyak mengubah cara manusia hidup dan berfikir serta berinteraksi dan berhubung. Ia lebih memudahkan kehidupan dalam banyak perkara meliputi urusan perbankan dan jual beli, perhubungan dan komunikasi, pengajian dan pembelajaran, keselamatan, hiburan dan lain-lain. Namun, hakikat yang perlu kita telan adalah dunia internet juga memiliki kemudaratan yang tersendiri.
Pada perkongsian kali ini pihak PEDi berkongsi faktor-faktor serta punca yang menyebabkan isu ketagihan media massa, ciri-ciri ketagihan internet, kesan dan cara mengatasi permasalahan ini. Hal ini tidak akan menjadi masalah sekiranya kita bijak mengikuti arus perkembangan teknologi, kita mampu menjana pendapatan yang lumayan jika kita menggunakan media massa secara bermanfaat.
Oleh itu, pihak PEDi menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar internet dapat memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Jadi,kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: