Perkhidmatan Kaunter Bergerak di PEDi Lawang
20 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2022 (Khamis), Tabung Haji Jeli telah membuat Perkhidmatan Kaunter Bergerak di PEDi Lawang. Perkhidmatan kaunter TH ini telah berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang. Bagi memenuhi keperluan pendeposit yang semakin bertambah, Tabung Haji telah melancarkan inisiatif perkhidmatan bergerak TH Komuniti. Perkhidmatan ini telah diadakan di PEDi Lawang pada 19 Mei 2022 bertujuan untuk menambah baik tahap kualiti serta akses pendeposit kepada perkhidmatan TH.
Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH. TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan untuk manfaat pendeposit. Antara kelebihan menyimpan di TH adalah simpanan dijamin 100 peratus oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 selain zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit. Pendeposit sedia ada tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Pembukaan akaun (dewasa & kanak-kanak) serendah RM10.00, Simpanan wang tunai, Pembukaan akaun baru TH, Pendaftaran haji, Kemaskini maklumat, Pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa, Permohonan penyata akaun, Potongan gaji dan THiJari (Online TH). TH juga meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: