Bicara Klik Dengan Bijak “Scammer”
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2022, PEDi Lawang telah bekerjasama dengan PEDi Repek, Batu Gajah, dan PEDi Kg. Karangan dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak dengan topik “Scammer” menggunakan aplikasi StreamYard live di Facebook Pusat Ekonomi Digital Kg. Repek. Pihak PEDi memilih topik Scammer kerana ia menjadi topik semasa pada masa kini untuk memberi panduan kepada komuniti mengenali apa itu scammer agar komuniti tidak terus menjadi mangsa. Pada siaran kali ini pihak PEDi menerangkan modus operandi scammer dimana biasanya mereka akan membuat panggilan dan menyatakan mereka daripada bank atau agensi kerajaan seperti mahkamah dan polis atau sebaginya. Scammer juga akan minta butir-butir diri anda, sepatutnya mereka sudah memiliki butir-butir tersebut jika mereka benar-benar dari agensi yang dimaklumkan. Pihak PEDi juga merangkan bagaimana cara untuk mengelakkan bagi menjadi mangsa jenayah ini.
Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada pengguna alam siber agar sentiasa berhati-hati supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya ini yang semakin berleluasa pada masa kini. Hal ini kerana walaupun telahh banyak amaran telah diberikan, berpuluh-puluh artikel mengenai kegiatan ini disiarkan di akhbar namun masih ramai masyarakat yang menjadi mangsa kepada jenayah siber tersebut, seolah-olah tiada jalan penyelesaian walaupun modus operandi sama digunakan. Kecanggihan teknologi zaman moden disertakan dengan akal fikiran manusia yang semakin bijak dan licik, menjadikan skim-skim penipuan atau ‘scam‘ menjadi semakin canggih dan pelbagai. Dengan hal yang demikian kita hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan menjadi mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: