Kelas Tik Tok Bersama PEDi - Cara Buka Kedai Di Tik Tok (Tik Tok Seller Center)
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2022 – PEDi Lawang telah bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Repek dalam satu sesi kelas usahawan secara atas talian yang dikelolakan oleh Penolong Pengurus PEDi Lawang Pn. Ainun Rahmah binti Iberahim. Dalam sesi kelas tersebut Pn. Ainun berkongsi cara membuka kedai di TikTok atau dikenali juga sebagai “TikTok Seller Center”. Umum mengetahui bahawa platform TikTok masa kini menjadi platform utama di mana pengguna lebih ramai beralih kepada TikTok berbanding dengan platform lain.
Applikasi TikTok memberi peluang kepada pengguna untuk menonjolkan bakat dengan berkarya mengikut kemahiran dan kebolehan tersendiri selain mampu menjana pendapatan sekiranya ramai yang menyukai konten yang kita hasilkan setelah kita mencapai pengikut sehingga seribu keatas. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa walaupun kita tidak mempunyai seribu pengikut kita masih mampu menjana pendapatan dengan membuka kedai di TikTok dan membuat siaran langsung “LIVE” di TikTok. Pihak PEDi menunjukkan satu persatu cara membuka kedai di TikTok bermula dari mendaftarkan maklumat diri dan jenama kedai kita melalui web TikTok Seller Center.
Pihak PEDi juga menekankan kepada peniaga secara atas talian agar menyediakan dokumen terlebih dahula agar kita tahu kategori kita sebagai peniaga sebagai contoh sama ada kategori kita adalah individu atau korporat di mana dokumen kedua-duanya adalah berbeza. Kategori individu hanya memerlukan dokumen pengenalan diri manakala korporat memerlukan dokumen SSM dan penyata bank yang kedua-duanya mestilah sama maklumatnya. Semua dokumen tersebut perlu dimasukkan ke sistem TikTok Seller Center yang telah disediakan. Matlamat utama pihak PEDi dalam berkongsi ilmu keusahawan di aplikasi TikTok yang menjadi “trending” masa kini agar dapat membantu komuniti setempat menaikkan lagi jualan peniaga “online” dan berada di landasan yang tepat. Pihak PEDi sentiasa mencari gali ilmu-ilmu keusahawan yang terkini agar komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: