Live ICT - Cara Membuat ID Kad Menggunakan MS Word
22 Mei 2022 | Aktiviti Terkini21 Mei 2022 – Pusat Ekonomi Digital Kg Lawang telah menyertai satu sesi perkongsian kelas ICT Bersama PEDi melalui Streamyard Live di facebook page PEDi Batu Gajah. Perkongsian pada pagi tersebut telah dianjurkan oleh PEDi Batu Gajah dan turut disertai oleh PEDi Lawang,Repek dan Karangan. Kelas Online ICT yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah Cik Hanani adalah untuk menunjukkan cara-cara membuat ID kad atau kad pengenalan diri hanya menggunakan Microsoft Word. Sebelum memulakan sesi pembelajaran kelas online pihak PEDi menjelaskan kegunaan ID kad dalam urusan kerja dan pembelajaran. Fungsi kad pengenalan diri ini penting bagi membezakan sesuatu jawatan dan manjadikan seseorang individu lebih yakin dan professional dalam menjalankan tugas.
Sebagai contoh,membezakan kad pelajar dan guru yang menjadi panitia atau fasilitator untuk sesuatu program Kem Motivasi, untuk usahawan yang membuka ‘booth’ supaya lebih professional dan lebih kemas dengan adanya ID kad. Selain itu, ia dapat membantu seseorang individu yang ditimpa musibah seperti kemalangan dengan memudahkan urusan untuk memaklumkan kepada ahli keluarga atau pihak berkenaan dengan merujuk maklumat diri yang tertera pada ID kad tersebut. Pihak PEDi menunjukkan satu persatu cara membuat ID kad dengan hanya menggunakan asas Ms word seperti “Shapes, Layout, Insert, WordArt” dan lain-lain lagi.
Selain itu pihak PEDi juga memberikan panduan untuk saiz ID kad yang sesuai dengan sarung plastik yang telah sedia ada di kedai supaya penonton tidak perlu risau akan terlebih atau kurang saiz apabila ingin memasukkan ID kad tersebut. Melalui tunjuk ajar yang mudah difahami para penonton boleh mengolah dengan lebih kreatif agar hasilnya sama seperti menggunakan aplikasi canggih masa kini. Pihak PEDi juga turut memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan “shapes” dengan lebih mudah tanpa perlu membuat satu persatu kotak yang diperlukan untuk menyiapkan sekeping ID kad. Pihak PEDi berharap,perkongsian pada kali dapat memberi ilmu bermanfaat kepada komuniti dan pendengar. Pihak PEDi sentiasa berusaha untuk memberikan ilmu ICT dari masa ke masa kepada komuniti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: