Kelas Individu Asas MS Word (Membina Carta Organisasi)
21 November 2022 | Aktiviti TerkiniSeorang pelajar tingkatan lima (5) dari SMK Tan Sri Mohamed Yaacob telah hadir ke PEDi Lawang pada 20 November 2022 (Ahad), untuk menyertai Kelas Individu Asas MS Word bagi membuat carta organisasi untuk kerja kursus kelasnya. Kelas yang bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari telah dibantu oleh staf PEDi yang bertugas. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam. Aplikasi Microsoft Word atau MS Word (sering disebut Word) adalah program pemprosesan kata grafik yang sentiasa digunakan oleh pengguna.
Ia dibuat oleh syarikat komputer Microsoft. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna menaip dan menyimpan dokumen. Sama seperti pemproses kata (word) lain, ia mempunyai alat (tool) yang berguna untuk membuat dokumen. Di dalam kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat kerja kursus mata pelajaran Perniagaan Tingkatan 5 di dalam Microsoft Word. Pelajar juga mencari bahan-bahan rujukan melalui buku teks sekolah, nota sekolah dan juga di dalam enjin carian google. Di peringkat ini, pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan, membuat jadual serta cara untuk menyimpan kerja pelajar.
Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang. Kami di PEDi Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: