Kelas Membuat Poster Menggunakan Canva Sempena Hari Guru
14 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniCanva adalah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Aplikasi ini merangkumi templat untuk digunakan oleh pengguna. PEDi Lawang telah mengadakan kelas membuat poster menggunakan canva secara individu kepada pelajar yang hadir ke PEDi bagi tujuan pembelajaran interaktif. Seramai satu (1) orang pelajar telah hadir ke PEDi Lawang pada 13 Mei 2022 (Jumaat) untuk membuat poster sempena sambutan Hari Guru. Kelas individu ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam. Pelajar diajar secara asas cara-cara membuat poster sempena hari guru hanya menggunakan templat grafik percuma daripada aplikasi Canva.
Di dalam sesi ini, pelajar diberitahu tentang aplikasi yang sedia ada yang boleh digunakan dan seterusnya diajar untuk pengenalan kepada “Canva”. Pelajar diajar bagaimana untuk memulakan akaun di Canva dan diperkenalkan dengan templat – templat grafik yang sedia ada di dalam Canva. Pelajar diajar cara-cara menggunakan templat grafik percuma daripada aplikasi canva, menggunakan jenis tulisan, saiz tulisan, warna grafik dan sebagainya. Seterusnya pelajar diajar secara lanjut menggunakan Canva untuk membuat poster hari guru. Pelajar menyiapkan poster tersebut sebelum kelas berakhir dan memuat turun poster untuk dicetak kepada para guru. Pihak PEDi berharap, kelas pada kali dapat memberi ilmu bermanfaat kepada pelajar. Pihak PEDi sentiasa berusaha untuk memberikan ilmu ICT dari masa ke masa kepada komuniti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: