Kelas Keusahawanan (TikTok Shop Seller Center)
30 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Disember 2022 – PEDi Lawang telah mengadakan Kelas Keusahawanan dikelolakan oleh Penolong Pengurus PEDi Lawang. Dalam kelas ini, Staf berkongsi cara membuka kedai di TikTok atau dikenali juga sebagai “TikTok Shop Seller Center”. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam bermula pada pukul 10.15 am sehingga 12.15 pm.
Umum mengetahui bahawa platform TikTok masa kini menjadi platform utama dimana pengguna lebih ramai beralih kepada TikTok berbanding dengan platform lain. Aplikasi TikTok memberi peluang kepada pengguna untuk menonjolkan bakat dengan berkarya mengikut kemahiran dan kebolehan tersendiri selain mampu menjana pendapatan sekiranya ramai yang menyukai konten yang kita hasilkan setelah kita mencapai pengikut sehingga seribu keatas. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa walaupun kita tidak mempunyai seribu pengikut kita masih mampu menjana pendapatan dengan membuka kedai di TikTok dan membuat siaran langsung “LIVE” di TikTok.
Pihak PEDi menunjukkan satu persatu cara membuka kedai di TikTok bermula dari mendaftarkan maklumat diri dan jenama kedai melalui web TikTok Seller Center. Pihak PEDi juga menekankan kepada peniaga secara atas talian agar menyediakan dokumen terlebih dahula agar kita tahu kategori kita sebagai peniaga sebagai contoh sama ada kategori kita adalah individu atau korporat di mana dokumen kedua-duanya adalah berbeza. Kategori individu hanya memerlukan dokumen pengenalan diri manakala korporat memerlukan dokumen SSM dan penyata bank yang kedua-duanya mestilah sama maklumatnya. Semua dokumen tersebut perlu dimasukkan ke sistem TikTok Seller Center yang telah disediakan. Staf juga mengajar cara-cara memasukkan produk di dalam TikTok Seller Center.
Matlamat utama pihak PEDi dalam berkongsi ilmu keusahawanan di aplikasi TikTok yang menjadi “trending” masa kini agar dapat membantu komuniti setempat menaikkan lagi jualan peniaga “online” dan berada di landasan yang tepat. Pihak PEDi sentiasa mencari gali ilmu-ilmu keusahawanan yang terkini agar komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: