Akses Dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia DALAM Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (Forum Anjuran MCMC)
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2022, PEDi Lawang telah mengikuti Forum Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM). Sesi yang diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
Forum ini bermula dengan ucapan alu-aluan Tuan Haji Bukhari Yahya Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, MCMC. Sesi 1 membicarakan mengenai “Penglibatan belia wanita dalam ICT menyumbang kepada pembangunan komuniti: Contoh kes” oleh Faezrah Rizalman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Elevate Academy of Technology and Innovation.
Sesi 2 pula membicarakan mengenai “Akses Internet dan keselamatan memperkasa wanita Malaysia dalam bidang STEM” Moderator: Ts. Azleyna Ariffin, Head Control and Compliance Department, MCMC, Ahli Panel: 1. Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti, MCMC, Ahli Panel 2. Raja Azrina Raja Othman, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat, Telekom Malaysia Berhad, Ahli Panel 3. ASP Siti Baizura Mohd Yusof, ASP Siasatan Forensik Digital, Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, PDRM, Ahli Panel 4. Google- TBC. Forum berakhir pada pukul 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: