Kelas ICT (Ms Word) Tutorial Membuat Pelekat Nama Bersama Staf PEDi
28 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lawang telah mengadakan satu kelas ICT secara online di paltform Stream Yard Live menerusi FB Page PEDi Lawang. Sesi perkongsian ICT pada kali ini turut disertai oleh PEDi Repek, PEDi Kg Karangan dan PEDi Batu. Perkongsian tersebut berlansung selama 1 jam secara atas talian di Facebook Page PEDi Lawang bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Perkongsian tersebut bertujuan mengajar masyarakat ilmu asas ICT dalam membuat pelekat nama hanya menggunakan Microsoft Word. Staf menunjukkan cara-cara membuat label tersebut dengan beberapa fungsi pada Microsoft Word mengikut ukuran saiz pada pelekat nama yang telah siap dibeli dari kedai. Antaranya menggunakan fungsi ‘Mailing’ untuk membuat label bagi mengisi nama di ruang kotak yang telah dibuat mengikut kesesuaian saiz dari kolum atas dan bawah pelekat yang ada.
Selain itu pihak PEDi juga menunjukkan cara menukar warna pada latar belakang label nama bagi memperlihatkan label yang lebih menarik dan cantik. Fungsi pada butang ‘Insert’ juga digunakan untuk membuat hasil kreativiti lain seperti memasukkan gambar, bentuk awan,bentuk emoji dan lain-lain bagi memperlihatkan kreativiti pengguna. Selain itu, staf juga turut menunjukkan cara bagi membuang latar belakang pada gambar menggunakan laman sesawang www.remove.bg
Sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang penggunaan ICT pada masa sekarang yang sememangnya amat memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam menggunakan internet. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: