“Refreshing” Rumusan KDB Sepanjang Tahun 2021 bersama Staf PEDi
25 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada kali ini, staf-staf PEDi membawakan segmen Rumusan KDB yang telah kami jalankan sepanjang tahun 2021 bagi membuat para penonton mengingati semula topik-topik yang telah hangat kami utarakan. Program ini telah dilansungkan pada 24 Januari 2022 secara atas talian selama satu (1) jam. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia.
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Program ini adalah menitikberatkan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Teras dan Matlamat KDB terbahagi kepada tiga (3) iaitu yang pertama adalah keselamatan - untuk mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat. Yang kedua adalah kewaspadaan - untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian dan yang ketiga adalah tanggungjawab - untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat.
Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga). Dengan adanya program ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: