Bicara KDB - Talian 997 (Penipuan Siber)
26 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2022, Selasa yang lalu PEDi Lawang telah bekerjasama selama satu jam bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Repek dalam satu sesi perkongsian live di Facebook bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak dengan topik “Talian 997 (Penipuan Siber)” menggunakan aplikasi StreamYard yang dikendalikan oleh PEDi Repek. Talian 997 adalah talian kepada Pusat Respons SCAM Kebangsaan (NSRC). NSRC adalah sebuah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Talian 997 itu adalah alternatif kepada orang awam selain talian khusus bank masing-masing dan ia itu beroperasi setiap hari bermula 8:00 pagi hingga 8:00 malam. Tindakan segera menghubungi pihak bank atau NSRC adalah sangat penting bagi membolehkan tindakan menyekat pengeluaran wang mangsa daripada sistem perbankan. Selepas mendapat laporan, NSRC akan menyelaraskan tindak balas agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi mencegah mangsa daripada menghadapi kerugian kewangan selanjutnya, berusaha mengesan dana yang telah dicuri, menjalankan siasatan terhadap jenayah penipuan tersebut dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
Talian NSRC adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi menangani kes-kes jenayah penipuan siber dengan lebih berkesan dan bersepadu. Pihak PEDi memilih topik ini kerana ia menjadi talian NSRC 997 baru sahaja diperkenalkan dan untuk membantu komuniti supaya mereka lebih peka dengan maklumat terkini, sekiranya mereka menjadi mangsa kepada penipuan siber ini mereka sudah boleh terus menghubungi talian ini. Meskipun banyak amaran telah diberikan, berpuluh-puluh artikel mengenai kegiatan ini disiarkan di akhbar tetapi saban hari masih ramai juga yang menjadi mangsa. Kecanggihan teknologi zaman moden disertakan dengan akal fikiran manusia yang semakin bijak dan licik, menjadikan skim-skim penipuan atau ‘scam‘ menjadi semakin canggih dan pelbagai. Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada pengguna alam siber agar sentiasa berhati-hati supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya ini yang semakin berleluasa pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: