Kelas Tiktok bersama PEDI - Cara Memasukkan Gambar dan Affiliate di Tiktok Seller Center
25 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2022 – PEDi Kg Lawang telah bersama-sama mengikuti sesi kelas usahawan Online yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah dengan kerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Karangan dan PEDi Repek. Sesi live pada kali ini adalah berkenaan cara untuk memasukkan produk jualan di TikTok dengan menggunakan website TikTok Seller Center.
Setelah melengkapkan maklumat profil yang dikehendaki, peniaga bolehlah memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Gambar produk merupakan perkara paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan jelas sangat penting untuk menarik perhatian dan minat bakal pembeli. Affiliate Marketing adalah satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Peniaga hanya perlu mempromosikan produk ataupun link produk daripada perniagaan syarikat atau individu lain dengan kebenarana pemilik untuk menarik pembeli. Jika pembeli membeli produk berkenaan melalui iklan yang dikongsi, peniaga tersebut akan mendapat komisen seperti yang telah dipersetujui.
Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di sana. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: