Klik Dengan Bijak – Bolehkah Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar?
26 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg Lawang telah menyertai satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak anjuran PEDi Batu Gajah dengan usaha bersama PEDi Karangan, dan PEDi Kg.Repek secara live di Streamyard dan Facebook Pusat Ekonomi Digital Kg Batu Gajah pada 25 April 2022 selama satu (1) jam bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Perkongsian pada kali ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah untuk topik KDB (Bolehkah Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar?).
Perkongsian pada kali ini bertujuan untuk berkongsi kepentingan telefon pintar pada masa kini kepada masyarakat dalam era globalisasi. Pihak PEDi menekankan antara kepentingan telefon pintar adalah untuk melayari internet,sebagai pusat multimedia untuk setiap carian maklumat,menonton filem atau cerita,membuat tugasan dan lain-lain menggantikan komputer di rumah. Telefon pintar juga dijadikan alat untuk membantu para usahawan dalam memajukan perniagaan mereka melalui kemudahan yang tersedia pada telefon pintar tersebut contohnya Shopee, Lazada dan lain-lain. Selain itu, telefon pintar juga menjadi kepentingan kepada masyarakat bagi tujuan pembelian atas talian, pembelajaran secara atas talian dan untuk berkomunikasi dengan menggunakan applikasi ‘whatsapp, Instagram,Facebook,Tiktok” dan lain-lain applikasi berkaitan.
Walaubagaimana pun, pihak PEDi turut mengingatkan kepada komuniti dan pendengar agar berpada-pada apabila menggunakan telefon walaupun ia penting. Pihak PEDi turut menekankan agar penonton atau pendengar live kami agar menjadi pengguna yang bijak dengan memiliki telefon pintar mengikut kemampuan, keperluan, dan jangan mengikut ‘trend’ semasa sehingga memberi kesan negatif kepada diri sendiri. Antaranya, kes pasangan kekasih bertengkar hanya kerana teman lelakinya membeli android dan bukan iphone seperti yang diingini. Hal ini jelas menunjukkan nilai tidak baik dalam memenuhi keinginan tanpa melihat pada kemampuan.
Pihak PEDi berharap agar perkongsian pada kali ini dapat memberi kesedaran dan ingatan berpanjangan kepada komuniti, pendengar dan pihak PEDi sendiri agar sentiasa menjadi pengguna yang bijak dalam semua perkara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: