Program Kuiz Atas Talian Merdeka bersama PEDi Lawang
21 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniTanggal 31 Ogos merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana 65 tahun yang lalu iaitu pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British. Sebagai manifestasi wadah perjuangan segenap lapisan masyarakat bersama pemimpin yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan, Malaysia telah mengisytiharkan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan yang turut dikenali sebagai Hari Kemerdekaan.
Hari Kemerdekaan bukan hanya sekadar dirayakan di media sosial, namun menghayati dan terus mewarisi semangat para pejuang yang telah berjuang merebut kemerdekaan. Jangan sampai kemerdekaan itu hanya berisi suara-suara saja, tetapi harus menjiwai dan mengisi kemerdekaan. Itulah tugas kita agar perjuangan para pahlawan tidak sia-sia. "Kemerdekaan bukan tanda untuk berhenti berjuang, tapi tanda untuk berjuang dengan lebih keras lagi."
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang dipilih pada tahun ini adalah “ TEGUH BERSAMA” seperti yang diumumkan oleh K-KOMM iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa pada 1 Julai 2022. Tema ini dipilih bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahn warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pandemik covid-19.
Pada 20 Ogos 2022, Sabtu yang lalu, PEDi Lawang telah mengadakan “Program Kuiz Atas Talian Merdeka bersama PEDi Lawang” yang dijalankan menerusi laman sesawang “world wall” yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai empat (4) orang telah mengikuti Kuiz Kemerdekaan ini. Tujuan program ini dijalankan adalah sempena bulan kemerdekaan di PEDi Lawang untuk mengajak adik-adik untuk uji minda dan menyemarakkan semangat patriotisma di dalam diri adik-adik semua. Kuiz ini adalah terbuka untuk peserta yang berumur antara 10 tahun ke 12 tahun sahaja.
Di dalam kuiz tersebut, para peserta perlu menjawab 20 soalan berkaitan kemerdekaan negara dan perlu menjawab dengan masa terpantas. Terima kasih atas sokongan warga komuniti sekitar PEDi Lawang yang sentiasa menyokong kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: