Penggunaan Canva Untuk Membuat Poster
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2022, PEDi Lawang telah mengadakan Kelas Asas Canva untuk Membuat Poster yang diadakan secara bersemuka. Program ini adalah kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Jeli. Program yang dinamakan sebagai Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Photo Phone ini telah berlangsung selama tiga (3) jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Dalam sesi ini, peserta yang terdiri daripada para pelajar dan juga usahawan telah diberi pendedahan kepada tentang alternatif lain bagi membuat poster promosi untuk produk jualan atau poster lain secara atas talian yang boleh didapatkan secara percuma.
Canva ialah platform reka bentuk grafik Australia, digunakan untuk mencipta grafik media sosial, pembentangan, poster, dokumen dan kandungan visual yang lain. Aplikasi ini termasuk templat untuk digunakan oleh pengguna. Kursus ini juga bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran Canva kepada para peserta lain. Peserta dapat mempelajari cara penggunaan Canva yang mudah dan menarik serta aplikasi ini juga adalah percuma. Ia juga sebagai latihan amali untuk memenuhi matlamat KKJP KEMAS Parlimen Jeli kepada para peserta.
Di dalam sesi pembelajaran hari ini, para peserta didedahkan dengan carian dan pendaftaran Gmail untuk Canva. Kemudian mereka diberi pengenalan kepada Canva. Pengenalan kepada Templates, Elements, serta cara untuk memuat naik atau memasukkan gambar menggunakan Uploads. Para peserta juga ditunjukkan cara untuk membuang latar belakang pada gambar menggunakan www.remove.bg . Selain itu, meraka juga diberikan penerangan berkaitan Background dan More Tools yang ada di dalam Canva. Sesi latihan amali dan pertanyaan daripada peserta berlangsung sepanjang kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: