Pengenalan Kepada Asas Open Broadcaster Software (OBS) Kepada Pelajar & Usahawan
26 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2022, PEDi Lawang telah mengadakan Kursus Open Broadcaster Software (OBS) yang diadakan secara bersemuka. Program ini adalah kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Jeli. Program yang dinamakan sebagai Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Photo Phone ini telah berlangsung selama satu hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Dalam sesi ini, peserta yang terdiri daripada para pelajar dan juga usahawan telah diperkenalkan tentang alternatif pengendalian sesi LIVE dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu aplikasi Open Broadcaster Software (OBS). Secara umumnya, OBS merupakan sebuah program streming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tiada pada aplikasi lain. Aplikasi ini dilihat releven dengan situasi dikala musim pendemik COVID-19 apabila masyarakat perlu membiasakan diri dengan norma baharu. Kini, segala tugasan atau kerja-kerja banyak dijalankan secara dalam talian. Oleh yang demikian, aplikasi dalam talian seperti Google Meet, Zoom, StreamYard adalah sangat popular.
Kursus ini juga bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berkomunikasi kepada para peserta serta mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio. Antara pengisian kursus ini adalah cara membuat carian OBS, muat turun, pengenalan asas terhadap OBS, tetapan asas, pengenalan mengenai “scenes”, pengenalan mengenai “sources”, penggunaan “Green Screen”, penggunaan “Virtual Camera”, membuat sambungan OBS ke Google Meet, Zoom Meeting & StreamYard dan sesi latihan. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta bagi meningkatkan fungsi PEDi kepada komuniti dan dapat berkongsi ilmu baru dengan komuniti yang memerlukan seperti pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: