Bicara Petang “Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023 / 2024”
18 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Khamis, 17 Mac 2022 Pusat Ekonomi Digital Kg Lawang, telah membuat perkongsian bersama PEDi Repek dan PEDi Bukit Tandak dalam satu sesi siaran langsung selama satu (1) jam bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Bicara petang dengan tajuk “Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023 / 2024” ini dilakukan melalui aplikasi StreamYard dan juga Facebook. Siaran langsung pada kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi cara-cara untuk membuat permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian bagi sesi 2023 / 2024. PEDi menwar-warkan dan memberi makluman kepada ibu bapa dan penjaga yang ada anak untuk kemasukan Darjah 1 tahun hadapan supaya jangan lupa untuk mendaftar sekolah melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual. Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
PEDi juga menunjukkan langkah-langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara atas talian. Ibu bapa juga boleh melayari laman web https://public.moe.gov.my/. Setelah selesai pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan. PEDi juga menunjukkan cara sekiranya pengguna terlupa kata laluan dan cara mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa.
Perkongsian yang bermanfaat ini dikongsi supaya para ibu bapa peka sekiranya ibu bapa mempunyai anak-anak yang bakal memasuki persekolahan tahun 1 sesi 2023 / 2024. PEDi berharap melalui perkongsian ini, memberi banyak manfaat untuk pengguna sekitar PEDi atau secara keseluruhannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: