Sembang Digital Usahawan Jeli
6 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2022, PEDi Lawang telah menyertai Program Sembang Digital Usahawan Jeli bersama Dato Sri Mustapa Mohamed. Program ini telah diadakan di Pondok Moden, Bukit Bunga, Jeli. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam bidang perniagaan yang berbentuk digital. Antara pengisian slot program ini adalah bermula dengan ucapan pembukaan Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation, ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), ucapan perasmian oleh Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan diikuti dengan sesi bergambar bersama usahawan.
Seterusnya, program diikuti dengan sesi pembentangan slot 1 oleh Beeline dan Gdex, slot kedua oleh Dropee, diikuti dengan slot ketiga oleh Microsoft. Slot seterusnya adalah pembentangan oleh Maxis, Zoom Video Communications, Bank Negara Malaysia (BNM) dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama usahawan. Program berakhir dengan makan jamuan makan tengahari. Para usahawan telah memperoleh pelbagai manfaat sepanjang program berlangsung. Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan untuk meningkatkan kemahiran digital dan dapat memanfaatkan untuk tujuan meningkatkan pendapatan dalam bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: