Kelas ICT – Cara Memasukkan Gambar ke dalam Blok Tulisan Menggunakan Ms Power Point
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2022, bersamaan hari Isnin, PEDi Kg Karangan telah mengadakan Kelas ICT – Cara Memasukkan Gambar Ke Dalam Blok Tulisan Menggunakan Ms PowerPoint secara atas talian menggunakan aplikasi Streamyard, Live di Facebook PEDi Kg Karangan dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Repek dan juga PEDi Lawang. Kelas ini bertujuan untuk memberi perkongsian ilmu berkaitan cara mudah memasukkan gambar ke dalam tulisan dengan hanya menggunakan Ms Office iaitu Ms PowerPoint. Microsoft PowerPoint ialah program persembahan slaid yang berkuasa. Ia adalah komponen standard perisian Microsoft Office, dan digabungkan bersama Word, Excel dan alat produktiviti yang lain. Program ini menggunakan slaid untuk menyampaikan maklumat yang kaya dengan multimedia.
Kelas yang berlangsung selama satu (1) jam ini dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook untuk memudahkan pengguna dan pelajar untuk merujuk perkongsian ini pada bila-bila masa jika terlepas peluang melihat secara live. Kelas ini dimulakan pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Staf telah menunjukkan satu per satu langkah untuk memasukkan gambar ke dalam blok tulisan yang dibina. Para penonton juga boleh melihat langkah ini yang telah dikongsikan di dalam paparan slaid sepanjang siaran berlangsung.
Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat serta pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: