Sesi Pertemuan PEDi Parlimen Jeli Bersama Dato’ Sri Mustapha Mohamed
25 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Febuari 2022, PEDi Lawang telah menyertai sesi pertemuan dengan Dato’ Sri Mustapha Mohamed secara Google Meet. Sesi ini telah disertai oleh 11 buah PEDi dan juga sebuah PKD yang berada di bawah parlimen Jeli, pejabat parlimen Jeli dan wakil dari Unit Perancang Ekonomi (EPU). Pertemuan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Sesi ini bertujuan untuk mengetahui keadaan terkini di semua PEDi daerah Jeli dan sebagai perancangan untuk Program Sembang Digital Usahawan Jeli Bersama Dato Pa yang akan berlangsung pada 5 Mac 2022.
Program ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam bidang digital. Usahawanan digital merujuk penciptaan sesuatu usaha baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini. Perkembangan teknologi digital terkini membawa perubahan model perniagaan sedia ada dan penciptaan baharu, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing. Peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital penting mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional, dengan tenaga penggerak kebanyakannya usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ekonomi digital gelombang baharu mampu mewujudkan pelbagai peluang perniagaan serta pekerjaan, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat secara menyeluruh, termasuk di luar bandar. Setiap usahawan wajar meneroka dunia digital untuk meningkatkan pendapatan perniagaan mereka.
Selain itu, program ini juga melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak lain seperti Microsoft, syarikat telekomunikasi dan lain-lain. Diharapkan agar program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan kemahiran digital bagi meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: