Kursus Train The Trainer’ (TTT) Autocrat (E-Sijil) Pengurus PEDI Maxis & Digi
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2022, Sabtu telah berlangsungnya Kursus Train The Trainer (TTT) Autocrat – eSijil bagi semua pengurus PEDi Maxis dan Digi secara atas talian menerusi ‘’Google Meet’’. Kursus ini telah berlansung selama dua (2) jam bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pengurus PEDi Semenyih Encik Anuar bin Masaod.
Autocrat ialah alat gabungan dokumen pelbagai guna yang berfungsi dengan Google Drive. Ia membolehkan anda mengambil data daripada hamparan dan menggabungkannya ke dalam dokumen melalui templat. Autocrat ialah medan di mana yang kita hendak menggabungkan templat melalui (tag gabungan) dan kemudian biarkan Autocrat menjana dokumen peribadi secara besar-besaran. Pengguna juga boleh menghantar dokumen sebagai lampiran e-mel. Autocrat berguna untuk menjana sijil semasa mengendalikan, seminar, webinar, pertandingan, kuiz dan lain-lain. Kita boleh menggunakan semula templat untuk kegunaan selanjutnya.
Sebelum kursus ini dimulakan, semua staf diminta untuk menyediakan akaun Google, menyiapkan templat sijil contoh dan mencetak nota yang telah diberikan di dalam email. Templat ini diperlukan untuk kegunaan semasa kursus berlangsung. Encik Anuar menunjukkan langkah demi langkah cara untuk membuat sijil menggunakan aplikasi Autocrat ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: