Kelas Membuat Poster Menggunakan Canva
21 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Lawang telah mengadakan kelas membuat poster menggunakan canva secara individu kepada pelajar yang hadir ke PEDi bagi tujuan pembelajaran interaktif. Seramai satu (1) orang pelajar telah hadir ke PEDi Lawang pada 20 Julai 2022 (Rabu) untuk membuat poster bagi tugasan subjek Sains. Kelas individu ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam. Canva adalah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Aplikasi ini merangkumi templat untuk digunakan oleh pengguna. Pelajar diajar secara asas cara-cara membuat poster untuk tugasan subjek Sains hanya menggunakan templat grafik percuma daripada aplikasi Canva.
Di dalam sesi ini, pelajar diberitahu tentang aplikasi yang sedia ada yang boleh digunakan dan seterusnya diajar untuk pengenalan kepada “Canva”. Pelajar diajar bagaimana untuk memulakan akaun di Canva dan diperkenalkan dengan templat – templat grafik yang sedia ada di dalam Canva. Pelajar diajar cara-cara menggunakan templat grafik percuma daripada aplikasi canva, menggunakan jenis tulisan, saiz tulisan, warna grafik dan sebagainya. Seterusnya pelajar diajar secara lanjut menggunakan Canva untuk membuat poster tugasan bagi subjek Sains. Pelajar menyiapkan poster tersebut sebelum kelas berakhir dan memuat turun poster untuk dicetak tugasan subjek Sains kepada guru.
Pihak PEDi berharap, kelas pada kali dapat memberi ilmu bermanfaat kepada pelajar. Pihak PEDi sentiasa berusaha untuk memberikan ilmu ICT dari masa ke masa kepada komuniti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: