Panduan Keselamatan Kebakaran & Banjir Bersama JBPM Kuala Krai
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Lawang telah menyertai siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian temubual PEDi bersama Encik Mohd Razani Bin Mamat, Pegawai Bomba Kanan 2, Pegawai Operasi Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Kelantan bertajuk Panduan Keselamatan Kebakaran dan Banjir. Program ini dihoskan oleh Pengurus PEDi Kg Karangan iaitu Saudari Aisha selaku tuan rumah dan turut mendapat kerjasama daripada PEDi Repek, dan PEDi Batu Gajah. Sesi Live ini bersiaran pada pukul 10.40 pagi di platform media sosial iaitu Facebook PEDi Kg Karangan.
Sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang tindakan yang perlu diambil jika terjadi sesuatu kebakaran ataupun banjir samada di rumah ataupun mana-mana lokasi yang berkaitan. Selain itu, pihak bomba juga memberikan tip dan kaedah yang wajar diambil untuk mengelakkan sebarang kebakaran daripada berlaku, seperti membeli alat pemadaman api untuk setiap rumah, memasang alat pengesan haba serta membuat semakan berkala keatas setiap peralatan dan wayar elektrik di setiap rumah ataupun bangunan kediaman masing-masing.
Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: