Kelas Asas ICT (Ms Word)
22 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniAplikasi Microsoft Word atau MS Word (sering disebut Word) adalah program pemprosesan kata grafik yang sentiasa digunakan oleh pengguna. Ia dibuat oleh syarikat komputer Microsoft. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna menaip dan menyimpan dokumen. Sama seperti pemproses kata (word) lain, ia mempunyai alat (tool) yang berguna untuk membuat dokumen.
Seramai satu (1) orang pelajar telah hadir ke PEDi Lawang pada 21 Oktober 2022, Jumaat untuk menyertai Kelas Individu Asas ICT (Microsoft Word) yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam. Di dalam kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat kerja kursus mata pelajaran Seni Visual di dalam Microsoft Word. Pelajar juga mencari bahan-bahan rujukan di dalam enjin carian google. Di peringkat ini, pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan, cara memuat turun gambar di enjin carian google serta memasukkan gambar yang dimuat turun ke dalam Ms Word serta cara untuk menyimpan kerja pelajar. Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.
Kami di PEDi Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: