Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022
7 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 dan 6 Julai 2022, PEDi Kg Lawang telah menyertai program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan tahun 2022 yang bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Program yang diadakan selama 2 hari ni melibatkan semua kakitangan PEDi Negeri Kelantan.
Penganjuran bengkel bertujuan untuk perkongsian hala tuju PEDi selepas penjenamaan semula Pusat Internet Komuniti melalui inisiatif transformasi digital yang merangkumi pelbagai aspek ekonomi digital termasuk e-dagang, ICT dan keusahawanan kepada komuniti. Disamping memperkasakan petugas PEDi berkenaan inisiatif MCMC seperti PUPUK, PAKEJ, PUDO dan program selain keusahawanan.
Program ini dijalankan secara fizikal dan atas talian melalui aplikasi zoom bagi kakitangan yang tidak terlibat secara fizikal. Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan teknologi perniagaan digital dan juga taklimat berkaitan dengan hala tuju PEDi. Selain itu, Pihak MCMC juga telah menjemput usahawan dan ‘content creator’ di Negeri Kelantan yang telah berjaya menguasai media sosial untuk memasarkan perniagaan mereka sehingga berjaya mendapat anugerah sebagai sumber inspirasi dan perkongsian kepada semua staf PEDi Kelantan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: