Program PEDi Bersama YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2022 (Sabtu) wakil staf PEDi Kg Lawang dan Kg Batu Gajah telah menghadiri Program PEDi Bersama YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed yang telah diadakan di PEDi Kg Gemang, Jeli, Kelantan dari jam 4.00 petang hingga 6.30 petang. Program ini adalah anjuran PEDi Kg Gemang dengan usahasama PEDi-PEDi di bawah Parlimen Jeli. Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Selain itu, masyarakat setempat boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital. PEDi juga turut membantu meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar serta membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Bagi merialisasikan peranan PEDi ini, YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut sama menggalas tanggungjawab bagi mencapai tujuan dan peranan PEDi di dalam komuniti. YB Dato’ Mustapa sangat berbesar hati untuk sentiasa mendengar masalah dan membantu para usahawan mikro untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin Bandar dengan kerjasama daripada staf PEDi dalam membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital.
Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Rakan Digital PEDi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: