Bicara Bersama Usahawan Cilik PEDi Repek Usahasama PEDi Lawang, Batu Gajah & Karangan
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Jun 2022 (Ahad) yang lalu PEDi Repek telah bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah, PEDi Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard bersiaran secara langsung di Facebook Pusat Ekonomi Digital Repek, bersama Usahawan Muda dari Repek iaitu Cik Nik Nur Sumayyah binti Tuan Mohd Suhaiman atau lebih mesra dengan panggilan Sumayyah. Sumayyah merupakan usahawan muda yang telah memulakan perniagaan semenjak berumur 15 tahun dan beliau juga merupakan ahli PEDi Repek. Semasa negara dilanda musibah akibat Covid 19, beliau telah mengambil peluang menjalankan perniagaan berasaskan makanan secara atas talian yang masih berterusan hingga ke hari ini.
Pelbagai takrifan berkenaan usahawan, dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”. Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis “entrepremdre” yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba. Dalam Bahasa Melayu pula, usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
Pada siaran selama lebih kurang satu jam kali ini, petugas PEDi menjemput Sumayyah sebagai tetamu untuk dijadikan inspirasi terutama kepada pelajar sekolah serta kepada usahawan yang baru hendak menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan. Sumayyah memulakan perniagaan bermula daripada menjadi agen jualan dalam talian dan hanya untuk menjana duit poket, namun Covid19 telah membuka peluang kepada Sumayyah untuk menjana lebih banyak pendapatan dengan menghasilkan produk sendiri iaitu bermula dengan kek lapis Sarawak dan sedikit demi sedikit menghasilkan produk lain. Sumayyah bukan sahaja menjana pendapatan untuk diri sendiri malah membuka peluang pekerjaan sebagai agen jualan produknya. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi serta membuka mata para pelajar untuk mencontohi beliau di mana umur bukanlah ukuran untuk menjana pendapatan tetapi jika masih di bawah peringkat umur sila maklumkan kepada kedua orang tua bagi mengelakkan sebarang permasalahan lain pada kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: