Kelas Ms Excel - Membina Kalendar Hari Lahir Keluarga
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Febuari 2022, Sabtu yang lalu, PEDi Lawang telah melaksanakan satu kelas secara persendirian dengan menggunakan Ms Excel bagi membina kalendar hari lahir keluarga bersama seorang peserta cilik kami. Kelas ini hanya berlangsung selama satu (1) jam sahaja bagi mengurangkan risiko penularan wabak pandemik yang sedang melanda negara kita serta dunia sekarang.
Microsoft Office adalah sekumpulan aplikasi komputer yang terutama. MS Office membantu memudahkan tugas asas pejabat dan meningkatkan produktiviti kerja. Antara perisian asas yang disediakan termasuklah Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Pada sesi kali ini staf PEDi Lawang telah membuat sesi kelas Asas ICT menggunakan perisian asas Microsoft Excel bagi membina kalendar hari lahir keluarga. Staf PEDi menunjukkan cara dari awal hingga akhir kepada peserta cara untuk membuat kalendar tersebut.
Di dalam sesi itu, staf telah menunjukkan bagaimana untuk memasukkan teks, menukar jenis tulisan (font), memasukkan warna ke dalam setiap kolum yang disediakan serta cara untuk menyimpan kerja yang telah dilakukan. Kelas ini bukan sahaja dapat membantu peserta untuk menjadi kreatif tetapi juga melatih mereka untuk lebih mahir menggunakan perisian asas Microsoft Office.
Di akhir kelas ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Excel untuk melakukan kerja harian mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: