Aktiviti Gotong-Royong PEDi Bersama Tadika Perpaduan Lawang
18 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2022, jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari, PEDi Lawang telah bekerjasama dengan Tadika Perpaduan (TP) Lawang dalam satu aktiviti gotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara PEDi dan komuniti setempat disamping menjaga kebersihan di kawasan sekitar PEDi dan Tadika Perpaduan Lawang yang terletak sebelah menyebelah. Aktiviti ini melibatkan komuniti dan staf bersama-sama membersihkan dan melakukannya untuk kebaikan bersama.
Gotong-royong adalah salah satu budaya rakyat Malaysia yang semakin ditelan zaman. Aktiviti gotong-royong sebenarnya mampu mengeratkan hubungan silaturahim melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja yang berat boleh menjadi mudah jika dilakukan bersama-sama.
Kebersihan kawasan persekitaran dapat dipelihara adalah salah satu kebaikan amalan gotong-royong jika dilakukan dengan kerap di dalam sesebuah komuniti. Antara kawasan yang dibersihkan adalah di kawasan longkang, kawasan hadapan dan belakang PEDi dan TP Lawang. Hal ini untuk memastikan saluran longkang berjalan dengan lancar dan tidak tersumbat serta tiada takungan air berlaku tanpa sedar kerana akan menyebabkan pembiakan aedes. Apabila kebersihan dijaga, nescaya kesihatan juga terjamin bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
Amalan gotong-royong memberikan pelbagai kebaikan secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, setiap organisasi khususnya yang melibatkan masyarakat dan golongan muda seharusnya menggalakkan aktiviti gotong-royong dalam gerak kerja yang boleh dilaksanakan. Ia mampu memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi mewujudkan suasana yang harmoni dan meriah dalam komuniti yang mengamalkan gotong-royong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: