Kelas ICT - Perkongsian Laman Sesawang Menarik Untuk Pembentangan (PREZI, EMAZE DAN VISME)
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg Lawang telah bekerjasama bersama PEDi Karangan, PEDi Kg.Repek dan PEDi Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk berkongsi mengenai kelas ICT bersama PEDi pada 17 April 2022 bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Perkongsian pada kali ini telah dihoskan oleh Pengurus PEDi Kg Karangan Pn.Aisha melalui medium Stream Yard dan FB Page Kg.Karangan.
Perkongsian pada kali ini bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti setempat ilmu tentang dunia ICT yang baru bagi tujuan tertentu terutama kepada golongan pelajar. Pihak PEDi berkongsi kepada komuniti penggunaan laman sesawang untuk pengeditan yang lebih mudah dan menarik. Laman sesawang tersebut adalah “Prezi”, “Emaze” dan “Visme”. Pihak PEDi menunjukkan cara atau fungsi yang boleh digunakan pada laman sesawang tersebut yang mana ia seakan Micosoft Power Point.
Pihak PEDi menunjukkan cara atau fungsi yang ada pada laman sesawang tersebut dan menunjukkan perbezaan antara penggunaan Microsoft Power Point dengan ketiga-tiga laman sesawang tersebut. Melalui perkongsian tersebut, dapat menunjukkan ketiga-tiga laman sesawang tersebut adalah lebih mudah dan lebih menarik serta menjimatkan masa. Hal ini kerana pengguna hanya perlu mengedit “template” yang telah disediakan secara lebih kreatif. Walaubagaimanapun, pihak PEDi turut berkongsi kepada pengguna yang mahukan fungsi yang lebih menarik pengguna perlulah melanggan aplikasi tersebut. Namun begitu, penggunaan asas sudah memadai untuk komuniti terutama pelajar untuk mencari kelainan dalam perbentangan pembelajaran/pengajaran dan lain-lain.
Pihak PEDi berharap agar perkongsian pada kali ini dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada komuniti agar sentiasa berada di hadapan dalam hal teknologi maklumat, terutama komuniti di kawasan pedalaman. Pihak PEDi sentiasa bersedia membantu komuniti setempat agar sentiasa bergerak seiring teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: