Kelas Individu Asas ICT (Ms Power Point)
15 April 2022 | Aktiviti TerkiniMs Power Point merupakan sebuah program yang digunakan untuk merekabentuk sesuatu persembahan. Sebahagian dari komponen Microsoft Office yang didapati lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat. Ms Power Point digunakan untuk menghasilkan persembahan yang boleh mengandungi grafik, audio, video dan animasi. Membolehkan maklumat/data dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan cepat serta mudah difahami. Terdapat pelbagai istilah penting yang digunakan di dalam Microsoft Powerpoint iaitu: Persembahan (slides), Slaid (slide), Edaran (Handouts) dan Outlines.
PEDi Lawang telah mengadakan Kelas Ms Power Point secara individu kepada pelajar yang hadir ke PEDi bagi tujuan pembelajaran interaktif. Seramai 1 orang pelajar telah hadir ke PEDi Lawang pada 14 April 2022 (Khamis) untuk membuat tugasan menggunakan Ms Power Point. Kelas individu ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam. Pelajar diajar secara asas cara-cara membuat tugasan menggunakan Power Point. Selepas itu pelajar diberi tunjuk ajar untuk menggunakan tools yang ada di dalam Ms Power Point, mencari gambar di dalam enjin carian Google. Pelajar juga mencari bahan-bahan rujukan di dalam enjin carian google selain merujuk buku teks sekolah. Di peringkat ini, pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan serta cara untuk menyimpan kerja pelajar. Pelajar diajar cara-cara menyimpan tugasan di dalam dokumen. Akhir sekali tugasan guru yang diberikan kepada pelajar perlu dihantar kepada guru pelajar melalui aplikasi Whatsapp Web.
Kami di PEDi Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama PEDi ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: