Bicara Petang “Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus COVID-19”
15 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 14 Mac 2022 Pusat Ekonomi Digital Kg Lawang, telah menyertai perkongsian bersama PEDi Karangan, PEDi Repek yang telah dikendalikan oleh PEDi Batu Gajah dalam satu sesi siaran langsung selama satu (1) jam bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Bicara petang dengan tajuk “Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus Covid-19” ini dilakukan melalui aplikasi StreamYard dan juga Facebook. Siaran langsung pada kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi sedikit pengalaman yang berbeza daripada petugas-petugas PEDi yang terkena jangkitan virus tersebut. Petugas PEDi juga turut berkongsi simptom yang dialami oleh mereka semasa terkena jangkitan virus tersebut.
Selain itu pihak PEDi juga berkongsi tips dan langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila disahkan positif Covid-19 ini. Covid-19 menjejaskan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza, ada di dalam kalangan mereka yang dijangkiti mengalami gejala yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa kemasukan ke hospital dan ada pula yang mengalami gejala yang kuat sehingga mereka mengalami kesukaran untuk bernafas. Petugas turut berkongsi pengalaman dalam mengendalikan individu yang positif Covid-19 yang dikuarantin di rumah, serta cara untuk mengendalikan individu yang negatif Covid-19 sekiranya ibu bapa terkena virus dan anak mereka negatif.
Negara akan memasuki fasa Endemik Covid-19 pada 01 April 2022 ini nanti. Endemik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama dan sentiasa wujud di sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada tetapi pada kadar yang stabil serta rendah dengan bantuan program vaksinasi Covid-19. Kita perlu menerima kehadiran virus ini yang hidup di persekitaran kita dan kita perlulah sentiasa berwaspada dan kekal menjaga kesihatan diri. Pihak PEDi juga berharap agar masyarakat sentiasa peka terhadap kesihatan mereka. Semoga perkongsian ini dapat membantu masyarakat dalam menangani virus Covid-19 dan semoga bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: