Bicara KDB – “Scammer & Hacker”
15 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPenggunaan gajet canggih dan berteknologi tinggi semakin mendapat tempat dan popular, bukan sahaja dikalangan orang dewasa tetapi juga dikalangan para remaja dan pelajar. Penggunaan gajet canggih semakin diminati ramai bagi kegunaan seharian. Penggunaan gajet canggih sebagai alat perhubungan di alam siber ini dikatakan dapat menjimatkan masa dan kos kepada para penggunanya. Namun, penggunaan gajet-gajet tersebut mengundang pelbagai ancaman siber yang terdedah kepada kita. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang tidak baik dan membahayakan. Ancaman siber seringkali dikaitkan dengan penjenayah siber yang digelar sebagai scammer atau hacker.
Sehubungan itu, kami di PEDi mengambil tajuk Scammer & Hacker pada kali ini bagi mengisi slot KDB. Sesi ini berlangsung selama satu (1) jam secara atas talian pada 15 Febuari 2022 dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Scammer ni dalam bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Scammer berasal dari perkataan scam. Apabila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer. Scam merupakan salah satu penipuan di internet.
Hacker atau penggodam adalah aktiviti penggodaman iaitu pencerobohan yang dibuat oleh individu atau kumpulan yang dipanggil penggodam ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan dari pelayan rangkaian komputer tersebut. Secara amnya, penggodam komputer adalah seseorang yang mempunyai kemahiran tinggi dan pengetahuan terperinci dalam bidang komputer. Dia berupaya untuk mengeksploitasi atau mencerobohi sistem komputer yang diingini. Aktiviti menggodam komputer selalu dikaitkan dengan perkara yang menyalahi undang-undang kerana ia sering kali dilakukan dengan tujuan yang tidak baik. Tujuannya bagi mendapatkan maklumat tertentu atau menceroboh sistem keselamatan sesuatu bangunan yang ingin dimasuki bagi mencapai misi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: