Cakna Komuniti-Bantuan (BKM) Bersama Staf PEDi
15 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniBantuan (BKM) 2022 dahulunya dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat khususnya untuk golongan B40 yang layak. Bagi mewar-warkan perihal BKM 2022 ini kepada komuniti sekitar, PEDi Lawang bersama-sama staf dari PEDi Karangan, Batu Gajah serta Repek telah bersama-sama menyampaikan topik ini selama satu (1) jam pada 14 Januari 2022 bagi menyampaikan maklumat serta memberitahu tentang Bantuan (BKM) 2022 ini.
Petugas PEDi menyarankan kepada semua pemohon untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Semakan ini boleh dibuat di PEDi yang berdekatan sekiranya pemohon mempunyai masalah rangkaian capaian internet di rumah mereka. Sekiranya pemohon tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat. Urusan ini juga boleh dilaksanakan di PEDi yang berdekatan dengan komuniti bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid19 jika mereka berpusu-pusu pergi ke Cawangan LHDN Daerah masing-masing bagi membuat pengemaskinian serta permohonan baru BKm 2022. Petugas PEDi juga mengingatkan kepada pemohon bahawa tempoh pemohonan dan pengemaskinian Bantuan (BKM) 2022 adalah bermula dari 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 sahaja. Pemohon diminta untuk membuat sebarang urusan di dalam tempoh yang diberikan bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada kemudian hari.
Oleh itu, besarlah harapan kami di PEDi untuk melihat para pemohon yang layak menerima bantuan ini agar menyemak dan membuat pengemaskinian atau permohonan baru sekiranya mereka tiada di dalam sistem BKM 2022. Pemohon yang perlu membuat kemaskini adalah individu, pemohon BPR 2021 termasuk yang tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan. Pemohon perlu membuat permohonan baharu adalah pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat. Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: