Kelas Asas ICT Membina Jadual Menggunakan Ms Excel, Ms Power Point & Ms Word
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniMicrosoft Office adalah sekumpulan aplikasi komputer yang terutama. MS Office membantu memudahkan tugas asas pejabat dan meningkatkan produktiviti kerja. Antara perisian asas yang disediakan termasuklah Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Pada sesi kali ini staf-staf PEDi iaitu Hanani, PEDi Batu Gajah, Aisha dari PEDi Kg Karangan, Siti Norbaya dari PEDi Repek dan juga staf PEDi Lawang telah membuat sesi kelas Asas ICT menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint bagi membina jadual kerja atau kalendar persendirian bagi memudahkan kerja dan perancangan yang akan dilakukan bagi setiap bulan. Kelas ini adalah secara atas talian selama satu (1) jam yang diadakan pada 13 Februari 2022.
Hanani selaku hos pada hari ini telah berkongsi cara-cara untuk membina jadual menggunakan Ms Excel dan Ms Power Point. Hanani menunjukkan langkah demi langkah kepada para penonton cara untuk membuat jadual tersebut. Di dalam sesi Hanani beliau telah menunjukkan bagaimana untuk memasukkan gambar, teks, menukar jenis tulisan (font), memasukkan warna ke dalam setiap kolum yang disediakan serta cara untuk menyimpan kerja yang telah dilakukan. Kelas ini bukan sahaja dapat membantu para penonton untuk menjadi kreatif tetapi juga melatih mereka untuk lebih mahir menggunakan perisian asas Microsoft Office.
Setelah Hanani menyelesaikan bahagiannya, Norbaya pula mengambil alih sesi kelas dengan menggunakan perisian Ms Word. Sama juga seperti Hanani, Norbaya juga menunjukkan langkah demi langkah kepada para penonton untuk sama-sama belajar untuk membina jadual ini. Di akhir kelas ini, penonton akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja harian mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: