Taklimat KDB – Penipuan Kewangan
13 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2022, Isnin yang lalu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Lawang dengan kerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Karangan dan PEDi Repek telah menyampaikan satu taklimat KDB dengan tajuk Penipuan Kewangan dalam satu sesi perkongsian langsung di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard selama satu (1) jam bermula jam 10.50 pagi hingga 11.50 pagi.
Penipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kelicikan penjenayah siber mengeksploit perubahan teknologi dan menjerat mangsa secara kreatif melalui pelbagai modus operandi baharu, serta kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap sederhana, telah dikenal pasti sebagai antara punca kes jenayah tersebut meningkat.
Oleh itu, pihak PEDi peka akan wujudnya keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa aktiviti jenayah terbabit. Orang ramai dinasihatkan supaya melindungi maklumat peribadi mereka dan mengelakkan daripada memuat turun fail atau aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan ke dalam peranti mudah alih.
Pada siaran kali ini pihak PEDi berkongsi sedikit tips bagaimana menjadi pengguna yang bijak supaya tidak menjadi mangsa. Ramai penipu mencuba helah baharu seperti menyalahgunakan logo dan menyamar sebagai pegawai BNM atau LHDN untuk memperdaya anda untuk memuat turun aplikasi yang bukan daripada platform aplikasi rasmi. Jangan terpedaya, tamatkan perbualan segera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: