Bicara Pagi - Menuju Fasa Peralihan Endemik COVID 19
12 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2022, Isnin - PEDi Lawang telah bekerjasama selama satu (1) jam bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari bersama PEDi Repek, PEDi Batu Gajah, dan PEDi Kg. Karangan dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang peralihan fasa Covid19 dengan topik “Menuju Fasa Peralihan Endemik Covid19” menggunakan aplikasi StreamYard live menerusi Facebook PEDi Repek. Perkongsian ini membicarakan tentang negara kita Malaysia kini sedang mengalami ‘Peralihan Fasa Pandemik ke Fasa Endemik’ dan kita harus belajar untuk hidup bersama dengan virus ini dalam keadaan yang paling kurang mengganggu kehidupan harian dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga, dan masyarakat.
Siaran langsung pada kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi apa itu fasa peralihan endemik serta persediaan untuk memasuki fasa tersebut. Endemik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama dan sentiasa wujud di sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada tetapi pada kadar yang stabil serta rendah dengan bantuan program vaksinasi Covid19. Kita perlu menerima bahawa virus ini hidup di persekitaran kita dan memahami risiko penularan Covid19 dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian adalah amat penting untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal selamat. Kita kini berada dalam fasa peralihan ke endemik dan belum lagi memasuki fasa endemik.
Oleh yang demikian, setiap individu haruslah sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM supaya dapat mencegah penularan jangkitan Covid19 dan seterusnya beralih ke fasa berikutnya dengan lebih selamat. Semoga perkongsian ini dapat membantu masyarakat untuk memahami apa itu fasa peralihan endemik dan berjaya untuk mengatasi Covid19 dan melangkah ke fasa seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: