Kelas Membuat Resume Individu
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniSeorang pengguna telah hadir ke PEDi Lawang pada 9 Disember 2022 (Jumaat), untuk membuat resume bagi memohon pekerjaan. Beliau memhon bantuan staf PEDi untuk mengajarnya membuat resume. Secara amnya, CV merupakan dokumen yang mempunyai maklumat lengkap dan tersusun tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat, manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat.
CV juga adalah dokumen yang diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CVdari satu negara ke negara yang lain. Pada dasarnya, isi kandungannya tetap sama. Kelas individu yang bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang telah dibantu oleh staf PEDi yang bertugas. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam.
Di dalam kelas ini, pengguna tersebut diberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat resume yang lengkap dan padat dengan menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva dilihat lebih mudah untuk pengguna yang inginkan hasil yang cepat, tepat dan padat. Di dalam kelas ini, pengguna diberi tunjuk ajar dari A ke Z untuk menghasilkan resume yang lengkap, padat tetapi ringkas.
Kami di PEDi Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pengguna mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan dunia digital dan ICT. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pengguna yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara komuniti luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: