Webinar Keusahawanan, 10 Teknik Berkesan Membuat Jualan Menggunakan “Whatsapp Business”
29 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2021, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang bersama dengan seorang peserta yang merupakan usahawan PIK telah menyertai Webinar 10 Teknik Proven Buat Jualan Menggunakan Whatsapp sahaja. Webinar ini telah berlangsung selama satu (1) jam tiga puluh (30) minit yang bermula pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan juga Youtube Live. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja usahawan dalam mendepani situasi pandemik Covid19 yang melanda negara. Webinar ini juga turut diadakan bagi tujuan menyampaikan ilmu kepada para usahawan tentang teknik berkesan membuat jualan menggunakan platfom “Whatsapp” sahaja.
Di dalam sesi ini, para peserta ditekankan untuk menggunakan “Whatsapp Perniagaan” bagi membuat “Closing” dengan lebih mudah dan cepat. “WhatsApp Business” membolehkan anda mempunyai ciri perniagaan pada WhatsApp, berkomunikasi dengan lebih efisien dengan para pelanggan dan membantu anda mengembangkan perniagaan. “WhatsApp Business” boleh dimuat turun dengan percuma dan telah dibina dengan mengambil kira pemilik perniagaan kecil. Aplikasi ini memudahkan perhubungan secara peribadi dengan pelanggan anda, menyerlahkan produk dan perkhidmatan anda serta menjawab pertanyaan di sepanjang pengalaman mereka membeli belah. Cipta katalog untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan anda dan gunakan alat khas untuk mengautomasikan, mengisih dan menjawab mesej dengan cepat.
WhatsApp juga boleh membantu perniagaan sederhana dan besar memberikan sokongan pelanggan dan menyampaikan pemberitahuan penting kepada pelanggan.Seterusnya, Coach Zul memberikan penerangan kepada teknik bagaimana platform Whatsapp boleh digunakan sebagai asas penyimpanan data (Database) pelanggan atau prospek kita sebagai usahawan. Daripada asas tersebut, para usahawan dapat membina “Funnel” atau dipanggil corong turas bagi membina lebih banyak data dan mudah untuk mendapatkan prospek juga keuntungan. Coach Zul juga telah menyampaikan fungsi “copywriting” yang berkesan untuk menarik minat pelanggan bagi membeli produk kita. Webinar pada malam ini turut disertai oleh 1000 orang peniaga dari seluruh Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: