Program Keusahawanan (SPARK Usahawira)
26 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 dan 25 Ogos 2021, iaitu hari Selasa dan Rabu yang lalu, Staf dan usahawan Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengikuti Program Keusahawanan (SPARK Usahawira) yang berlangsung selama dua (2) hari yang bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Seramai dua (2) orang staf dan seorang (1) usahawan telah mengikuti program keusahawanan ini yang diadakan secara dalam talian iaitu melalui live streaming. Program keusahawanan ini menampilkan perkongsian dari wakil agensi kerajaan, perunding perniagaan, Shopee serta usahawan yang berkongsi perjalanan bagi kisah kejayaan mereka. Program SPARK Usahawira ini berinspirasi bersama kisah kejayaan UsahaWIRA menempuh cabaran perniagaan menerusi digitalisasi, bual bicara bersama pemacu industri terkemuka tentang trend perniagaan terkini, dan sertai bengkel maya percuma untuk melakar sukses dalam dunia digital.
Tujuan program ini dijalankan juga adalah untuk menunjukkan cara-cara untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jualan para usahawan melalui kaedah-kaedah promosi baru supaya para pelanggan dapat menemui para usahawan. Selain itu juga, SPARK Usahawira ini memberi panduan kepada para usahawan mengenai pelbagai cara untuk menjangkau lebih banyak pelanggan dalam talian dan luar talian termasuklah “Pengiklanan media sosial di Facebook dan TikTok, Pengiklanan di platform "Over-the-top" (OTT) seperti iQiyi dan Viu, Cara memanfaatkan Google untuk perniagaan, Pengiklanan TV dan radio di Astro, Tips dari guru media sosial seperti Najib Asaddok, Jual di platform marketplace seperti Shopee.
Teknologi komunikasi yang tersedia pada hari ini membolehkan para perniaga kekal berhubung dengan pelanggan, pembekal dan pekerja dengan lebih mudah dan cekap. Para usahawan juga dapat mengetahui mengenai “Penyelesaian digital untuk menyokong kerja jarak jauh dengan lebih baik, Tips dari UsahaWIRA lain untuk berkolaborasi dalam talian, Tahap kesediaan digital perniagaan usahawan” dan banyak lagi. Para usahawan juga diberi pendedahan mengenai Berniaga Secara Online dan efektif. Para Usahawan dapat membawa perniagaan ke dunia digital dengan cepat dengan bimbingan koleksi panduan untuk memulakan perjalanan e-dagang dan mengembangkan perniagaan. Antara tips yang dikongsi ialah “Bagaimana memulakan penjualan di marketplace dalam talian seperti Shopee, Cara menguruskan pesanan dalam talian tanpa komisen untuk restoran/kedai runcit, Apa yang telah dilakukan oleh UsahaWIRA lain untuk meningkatkan jualan dalam talian”.
Pendigitalisasi perniagaan memerlukan strategi pengurusan data dan maklumat yang mantap dan bersesuaian dengan matlamat perniagaan anda, tetapi analisis data sering dianggap susah untuk PKS. Maxis Business membawakan para usahawan koleksi panduan penggunaan data untuk menyelesaikan masalah perniagaan dengan mudah, termasuklah “Cara menggunakan analisis data untuk mengembangkan perniagaan anda, Mulakan pengesanan dan visualisasi data dengan penyelesaian digital dari pemimpin industri terkemuka seperti Microsoft”. Banyak lagi tips yang dikongsi kepada usahawan dalam program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: