Taklimat KDB - Berbelanja Secara Atas Talian (Shopee)
20 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2021, Jumaat yang lalu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Lawang dengan kerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Karangan dan PEDi Repek dalam satu sesi perkongsian langsung di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard iaitu Bijak Berbelanja Secara Atas Talian dalam aplikasi Shopee selama satu (1) jam. Membeli-belah adalah hobi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kini. Hari ini lebih mudah bagi kita membeli-belah dalam talian dan ia menjadi norma biasa berikutan wabak pandemik Covid19.
Internet telah mengubah semua bidang pasaran, dan salah satu bidang yang paling penting adalah perniagaan dalam talian. Inilah sebabnya mengapa ia telah menjadi semakin popular dan kita dapat membeli semuanya secara dalam talian tidak mengira waktu dan di mana sahaja. Pada siaran kali ini pihak PEDi berkongsi sedikit tips bagaimana menjadi pengguna yang bijak berbelanja dalam aplikasi Shopee. Sebagai pengguna kita perlu bijak semasa membeli dalam aplikasi ini, aplikasi ini menawarkan pulangan mata ganjaran, kupon penghantaran percuma dan banyak lagi. Pengguna boleh memuat turun aplikasi yang boleh mendapat pulangan duit seperti aplikasi ‘Shopback’. Pengguna perlu merancang waktu yang sesuai untuk berbelanja dalam aplikasi ini. Pengguna juga boleh membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu produk dalam aplikasi ini, ulasan tentang penjual dan barangan yang dijual juga boleh disemak oleh pengguna sebelum membeli barangan dari kedai tersebut.
Justeru itu pihak PEDi ingin mengingatkan kepada semua pengguna supaya bijak berbelanja secara atas talian. Membeli barangan atas talian sememangnya menyeronokkan sekiranya kita mengetahui tips berguna ketika membeli pada dalam aplikasi ini. Ia memerlukan penelitian dan kaji selidik bagi mengelakkan kita tertipu dengan barangan yang ditawarkan. Pengguna juga sebenarnya boleh mendapatkan penjimatan yang hebat di aplikasi ini, sekiranya tahu cara menggunakan baucar, keadah pembayaran berdiskaun, atau memanfaatkan perkhidmatan ganjaran tunai. Jadi, kita haruslah menjadi pembeli serta pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: